Ahlan..ahlan Ya Rajab 1444H


Keagungan Bulan Rejab

Terdapat beberapa peristiwa penting yang menjadikan bulan Rejab ini istimewa dan mulia, antaranya adalah:

#1 Berlakunya Peristiwa Israk Dan Mikraj

Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menurut kebanyakan ulama bersetuju bahawa ianya  berlaku pada 27 Rejab. Peristiwa besar ini telah menjadi bukti penting akan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Dalam peristiwa itu, Baginda telah diisrakkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dimikrajkan, sehingga ke setiap lapisan langit dan mengadap Allah SWT lalu menerima perintah kewajipan solat lima waktu.

#2 Turunnya Perintah Allah Berpindah Kiblat ke Arah Masjidil Haram

Perlaksaan solat dengan berkiblatkan ke rah Masjid al-Aqsa berlangsung lebih kurang 16-17 bulan, sebelum diwahyukan untuk berubah ke arah Masjidil Haram.

#3 Berlakunya Perang Tabuk

Perang Tabuk berlaku pada tahun ke-9H antara umat Islam dengan tentera Rom di satu kawasan bernama Tabuk yang terletak di wilayah paling utara semenanjung Tanah Arab.

Perang ini juga menjadi peperangan terakhir yang diketuai dan disertai oleh Rasulullah SAW. Bahkan menjadi peperangan yang dimenangi oleh pasukan Islam tanpa pertumpahan darah kerana pihak musuh telah menawarkan perdamaian terlebih dahulu.

#4 Hijrah Pertama ke Habsyah

Hijrah pertama ke Habsyah berlaku pada tahun ke-5 kenabian Rasulullah SAW atau pada tahun 615M.

#5 Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis mula dibuka semasa pemerintahan Khalifah Saidina Umar bin al-Khattab dan beratahan selama 500 tahun di bawah pemerintahan Islam.

#6 Kelahiran Imam Syafie

Imam Syafie dilahirkan pada 150H, bersamaan 767M di Gaza, Palestin. Beliau merupakan salah seorang daripada empat imam mazhab besar dalam ilmu Fiqah, iaitu  pengasas kepada mazhab Syafie.

#7 Penghapusan Sistem Khilafah

Selepas 760 tahun pembebasan Baitul Maqdis pada 28 Rejab 1342H, sistem khalifah akhirnya dijatuhkan oleh seorang pemerintah sekular di Turki, iaitu Mustafa Kamal Pasha Atartuk.

#8 Kelahiran Ali ibn Abi Talib

#9 Perjanjian Aqabah Kedua

#10 Kemenangan tentera Islam dalam Perang Khaibar

Amalan Yang Digalakkan dalam Bulan Rejab

Tidak ada sesuatu amalan atau ibadah yang sengaja dikhususkan untuk bulan ini. Namun terdapat  amalan ibadah yang digalakkan dan bersifat umum yang boleh dipertingkatkan, seperti:

  • Berpuasa sunat
  • Tambahkan amalan sedekah
  • Bertaubat
  • Perbanyakkan membaca al-Quran
  • Berqiyamulail
  • Tambahkan selawat
  • Banyak berzikir, beristigfar dan bertahlil
  • Menunaikan umrah
  • Mengimarahkan surau/masjid
  • Memperbaiki solat fardhu
  • Mendirikan solat berjemaah
  • Perbanyakkan solat-solat sunat
  • Banyakkan berdoa
  • Melakukan kerja-kerja kebajikan

 

 Rujukan:



#janganbiarkanhariberlalutanpailmu




Previous Post Next Post